cid Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Kolej kami sentiasa memastikan kemudahan prasarana yang lengkap agar semua pelajar dapat merasai persekitaran yang kondusif ketika belajar di sini.

Kemudahan Bilik Kuliah
Semua bilik kuliah adalah berhawa dingin dan dilengkapi dengan peralatan mengajar dan pembelajaran yang moden. Keselesaan pelajar-pelajar dalam waktu pembelajaran adalah keutamaan kami bagi menjamin kualiti secara berterusan.

Perpustakaan
Perpustakaan Wan Nong mengandungi koleksi buku terkini untuk tujuan rujukan. Terdapat juga jurnal, majalah dan bahan bacaan lain yang boleh dibaca dan dipinjam. Kemudahan lain di perpustakaan ialah mesin fotostat dan komputer berinternet yang dapat membantu pelajar membuat rujukan dan kajian dalam menyempurnakan tugasan masing-masing.


Makmal Komputer
Makmal komputer Kolej dilengkapi komputer berteknologi terkini dan semua pelajar dibenar menggunakannya untuk melaksanakan tugasan dan projek. Talian internet berkelajuan tinggi juga turut dibekalkan secara total diseluruh pelusuk kampus bagi memjamin semua pelajar dapat berhubung diantara satu sama lain.

Zon Ilmiah Pelajar
Kolej menyediakan ruangan ini bagi membolehkan pelajar berehat, berinteraksi antara satu sama lain.


Makmal Simulasi
Makmal Simulasi di KPAKK lengkap dengan bahan bantu mengajar serta bilik pemerhatian. Pelajar boleh menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di sini atau menggunakan konsep main peranan seolah-olah mereka berada di dalam TASKA / TADIKA.

Kemudahan Internet dan Wireless
Kolej turut menyediakan kemudahan perkhidmatan internet berjalur lebar di sekitar kawasan Kolej.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
G-9-01 Block G Neo Damansara, Jalan PJU 8/1,
Damansara Perdana,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Talian Bebas Tol: 1-300-22-(KPAKK)-57255
Telefon Pejabat: 03 77335600
Faks: 03 77332600