cid Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Damansara Damai:
No. Rujukan JPT:
KPT(R/143/4/0014)07/16
No. Rujukan MQA: A 7116

Bukit Merah:
No. Rujukan JPT:
A/4/P/3023
No. Rujukan MQA: PA 2154

Diploma ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan awal kanak-kanak. Ia turut memberikan latihan dan asas pendidikan awal kanak-kanak yang kukuh, baik secara teori mahupun praktikal.

Program ini bertujuan menghasilkan pelajar yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, penilaian, permainan peringkat awal kanak-kanak, kesihatan, keselamatan dan pemakanan, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Di samping itu, pelajar akan memperoleh kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika kanak-kanak.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Bilangan pelajar yang kecil dalam setiap kelas di KPAKK bertujuan untuk mengekalkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Metodologi pengajaran meliputi kuliah, tutorial, main peranan, persembahan, kerja lapangan, kajian kes dan kesepaduan kemahiran menerusi penerokaan.

Tempoh Pengajian
Sepenuh Masa - 2 Tahun 6 Bulan

KOHORT A: (Isnin - Jumaat)
KOHORT B: (Jumaat - Ahad)
Separuh Masa - 3 Tahun 6 Bulan

KOHORT C: (Kursus Dalam Cuti)
* Tempoh pengajian tertakluk kepada perubahan cuti sekolah yang telah ditetapkan

Kelayakan Masuk
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran ATAU
Lulus Sijil dalam bidang berkaitan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat PNGK minimum 2.00 ATAU
Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Struktur Pengajian
Jumlah kredit: 93 kredit

Modul

Subjek MQA: 9 kredit
Subjek Teras Major: 36 kredit
Subjek Asas Major: 33 kredit
Subjek Elektif Major: 11 kredit
Praktikum: 4 kredit
Pengambilan
Mac, Mei dan Oktober.
Pelajar yang berminat untuk mendaftar lebih awal boleh berbuat demikian dan anda berpeluang mengikuti kursus pengenalan kepada bidang pendidikan awal kanak-kanak secara percuma.


Laluan Kerjaya
Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti tempatan mahupun di luar negara. Kelayakan ini juga membolehkan graduan berpeluang menceburi pasaran kerja yang berkembang pesat dalam industri ini seperti pendidik, pengurus pusat pendidikan awal kanak-kanak, profesional dalam pelbagai agensi yang menawarkan perkhidmatan berkaitan kanak-kanak dan keluarga.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
G-9-01 Block G Neo Damansara, Jalan PJU 8/1,
Damansara Perdana,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Talian Bebas Tol: 1-300-22-(KPAKK)-57255
Telefon Pejabat: 03 77335600
Faks: 03 77332600